Maklumat yang dikumpulkan
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan atau pasport
- Nombor telefon, alamat e-mel dan alamat kediaman
- Pakej, tarikh perjalanan dan bilangan peserta
- Nombor rujukan tempahan serta status pembayaran
- Mesej yang dihantar melalui web chat
- Maklumat teknikal asas seperti alamat IP, jenis peranti dan pelayar
Maklumat perbankan penuh tidak disimpan oleh Songsong Escape. Pembayaran dalam talian diproses melalui CHIP.
Tujuan penggunaan
- Menerima, mengesahkan dan mengurus tempahan
- Menyediakan perlindungan insurans serta mengatur bot dan perjalanan
- Memproses pembayaran, pengesahan dan resit
- Menyampaikan maklumat cuaca, jadual dan keselamatan
- Mengurus khidmat pelanggan, pembatalan dan bayaran balik
- Mematuhi keperluan undang-undang, perakaunan dan insurans
Perkongsian maklumat
Maklumat yang diperlukan mungkin dikongsi dengan pengendali bot, tekong, penyedia insurans, CHIP, penyedia hosting dan teknologi, Respond.io, bank bagi tujuan bayaran balik, atau pihak berkuasa apabila dikehendaki undang-undang. Kami tidak menjual atau menyewakan data pelanggan.
Tempahan bagi pihak orang lain
Jika anda membuat tempahan bagi pihak peserta lain, anda mengesahkan bahawa anda mempunyai kebenaran untuk memberikan maklumat mereka kepada kami.
Penyimpanan dan keselamatan
Maklumat disimpan selama diperlukan untuk mengurus tempahan dan memenuhi keperluan insurans, perakaunan serta undang-undang. Kami menggunakan langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada kehilangan, penyalahgunaan atau akses tanpa kebenaran.
Cookies dan perkhidmatan pihak ketiga
Laman ini mungkin menggunakan cookies bagi membolehkan fungsi tempahan, keselamatan, pembayaran dan web chat beroperasi. CHIP, Respond.io dan penyedia teknologi lain mungkin memproses maklumat mengikut polisi privasi masing-masing.
Hak anda
Anda boleh meminta akses atau pembetulan data peribadi, menarik balik persetujuan bagi penggunaan tertentu, menghentikan komunikasi pemasaran serta membuat pertanyaan atau aduan mengenai penggunaan data.
40A, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani, Kedah
Telefon: +60 4-729 1063
WhatsApp / Kecemasan: +60 11-5424 5021
E-mel: info@ayyashfaruq.com
Waktu operasi: 8:00 pagi–6:00 petang, setiap hari.